Nov 22, 2009
akan kasihNya yang tersalur indah..
Tak menjelma di mata..
tak bermakna tiada..
tak terukir di hati..
tak bermaksud memungkiri.
untuk kalian yang menentuh hati,
terima kasih daun keladi.
=)
=)
Thomas Paine (1737-1809)
Nov 19, 2009
Hari ini hari jumaat
Kembali.
Sihat semuanya ya? Alhamdulillah.
Rasa kemarau semacam blog ni.nak kata kemarau, hujung tahun selalunya tengkujuh kan? he.mungkin kurang disiram. Kot. Mungkin juga aura menulis makin hilang.harapnya tidak. =)
Minggu lepas belajar tentang nutrisi. Mari kawan-kawan! Kita makan makanan yang berkhasiat.halaalan toyibba.

Lama juga tidak bersenam. Otot damba diregang. Mari! Kita pergi beriadhah!!
Saya sudah rasa sihat. Anda?
p/s : Selamat hari lahir untuk dia yang dah berumur 22 tahun 18 Nov lepas.Untuk kamu~
Oct 31, 2009
ombak semakin letih..
Selepas menjengah ombak di pantai Irama, dapat pengajaran dari ciptaanNya yang indah itu. Bijak dia mengurai gundah.Agung DIA melepas resah.

Maka berkira-kira untuk kembali ke tempat pertarungan wajarnya dengan semangat baru. Celaru dan haru dengan hamburan pendidik disayangi untuk hasil yang tidak memuaskan bakal bertukar jadi nasihat yang sarat dan semangat yang melonjak~

Menghadap semester baru yang lebih mengujakan jika tidak kuat ke Jordan nanti dengan rasa tidak enak.Tidak mahu bukan?

Mari!
Berakit ke hulu berenang ketepian.
Bersakit dahulu bersenang kemudian.

~esok kembali sekolah!
Oct 29, 2009
anNasr~
Oct 28, 2009
kalau....
Diam tak diam dah habis 1 semester di tahun 3.wah.serasa amat pantas masa berlalu. Dah nak masuk sem 2.yang pastinya akan berlalu lagi pantas sebab 2nd pro exam menanti di hujungnya.he.tiba2 cuti ini tidak semacam cuti. Heh.macam tak bersyukur pulak penyataan ni.heh.astaghfirullah..kebanyakan kita rasa begitu bukan.lelah usai exam bercampur resah menanti result yang kedengaran tidak berapa enak. Tidak ditambah perencah masalah kehidupan lain.heh.
Pernah tak rasa mahu lambatkan masa? Selalunya di saat2 menggembirakan. Sangat tak nak masa berlalu cepat dan ingin berlama2. Seringnya begitu.
Pernah juga kan ingin cepatkan masa? Moga yang pedih2 itu pantas tinggalkan kita. Yang sedih2 itu itu tidak melakar luka lama dan yang sakit itu cepat sembuhnya..sering juga begitu.
Kalau masa boleh dilambatkan…kalau masa boleh dicepatkan…kalau begini..kalau begitu…kalau..kalau..
Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawaRasulullah bersabda : Seorang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dicintai daripada seorang mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan. Ingatlah apa-apa yang memberi manfaat kepada kamu hendaklah kamu merasa tamak dan mintalah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu berputus asa. Dan jikalau sesuatu (kerugian) menimpa kamu janganlah kamu berkata ; Kalau saya berbuat begini atau begitu , pastinya perkara itu tidak akan terjadi. Akan tetapi katakanlah ; ini kerana ketentuan Allah, maka apa yang DIA kehendaki pasti akan terjadi. Kerana sesungguhnya perkataan ‘kalau’ membuka pintu bagi syaitan bekerja. (HR Muslim)
Keterangan : Seseorang yang berkata “ kalau aku buat begini tadi sudah tentu tidak akan terjadi seperti ini.” Perkataan seperti ini adalah dilarang selagi ia bertentangan dengan taqdir, merasai penuh yakin dengan usahanya dan dia berakidah bahawa kerja-kerjanya sedikit pun tiada kena mengena dengan taqdir. Dalam keadaan seperti ini syaitan telah berjaya meroskkan keyakinan seseorang pada taqdir Allah.
Peringatan buat diri dan teman2. Sungguh yang dah berlaku mahupun akan berlaku dalam perencanaan Dia. Yang terbaik DIa aturkan untuk kita. Berhentilah mengeluh untuk hikmah yang belum kita ketahui indahnya. Sakit kita berjalan tanpa kasut sakit lagi diluar sana yang tidak punya kaki. Kita mungkin terlepas segelas milo ais tapi ada yang terlepas 1 jag carrot susu yang sangat besh.
Percaya atau tidak, yang pasti andai kita redha dengan ujianNYA, Dia redha dengan kehidupan kita dan seluruhnya. Mudah lidah bicara tapi lelah hati menanggungnya tapi kuat bila yakin DIA tidak pernah tinggalkan kita jauh sekali menganiayai hamba-hambaNYa yang lemah. Seperti kita..jadi.jangan lemah.jangan lelah.DIA ada. Ada cahaya di hujung terowong gelap itu. Justeru..Terus!!

~ Cukuplah Allah bagiku DIA yang terbaik tempat aku bergantung..
Oct 24, 2009
Sungguh hari- hari berlalu..
Tersusun ibrah dan hikmah
Sedang yang lelah bersandar di tiang menumbang
Tidak sekadar Katsana yang menggoncang
Tapi luntur kepercayaan yang mencincang
Teruslah dengan tarimu yang sumbang
Andai serasa lahadmu takkan menyempit
Hingga merapat rusuk
Teruslah menabur benih hitam
Andai serasa mizanmu nanti
Buah noda tidak memberat ke neraca dosa
Teruslah memaku fitnah
Andai serasa siratmu nanti
Bisa seluas jambatan Pulau Pinang
Teruslah menzalim jiwa tulus
Andai serasa
Gaung jahannam tertutup
Untuk insan ‘mulia’ sepertimu..
Teruslah
Buat apa sahaja sesukamu
Tapi
Biarkan Allah jua
Menghitung sesukaNya
Tika itu,
Usah rintih maaf dariku
Tidak lagi ampunNya untukMu.
Kerna nasi bukan sudah menjadi bubur
tapi tercurah ke tanah
disantap ayam itik yang lebih mulia
dari makhluk yang sering rasa dia begitu.
Sedang tidak!
~ Aq pohon hati sarat dengan serpih tenang dari Mu Tuhan... dan hidayah untuk makhluk yang dambakannya.
1242 a.m
111009
Sudut.
Sep 24, 2009
Sanah helwah nija!!
waah. cepat betul masa neh..esok dah nak ke kl balik da..
exam pun dah tak lama.hu.hari2 lepas cuti yang ngeri dan syahdu.heh.
~kepada nija yang sudah tua hari ni..hehe.
selamat hari lahir,deq =)..moga kuat selalu dan sentiasa lebih baik dari semalam.
thanks 4 always being there 4 me! get blessed..
Jadilah baik!
Sep 19, 2009
Allahuakbar.. Allahuakbar..Allahuakbar.. Walillahilhamd..
Sep 17, 2009
Nak raya dah?
Indah sungguh rasa balik rumah ni kan? Nak2 musim raya ni. Rasa yang selamat.Alhamdulillah.pagi tadi sampai kat rumah dengan selamat. Sampai2 rumah, kak tengah buat biskut raya sorang2.Tape2. pembantu yang setia telah tiba.hehe.pembantu ke pembantut neh? Hu.. tiba2 sangat kejap je sebulan. tinggal sehari dua lagi kita akan sambut hari raya. sangat sekejap kan..em.
Waktu kecik2 dulu selalu dengar orang cakap raya ni budak2 je seronok beraya sebab bila dah besar dah tak seronok dah.hehe. mungkin yang rasa macam tu sebab lau kecik2 dapat duit raya lau dah besar kena bagi duit raya..hehe.
Apapun, terpulang pada definisi raya individu tu sendiri. em. Lau rasa raya tu adalah biskut raya 7 balang setengah beserta baju raya 3 raya pasang maka tanpa yang disebut itu tiadalah raya. Lau raya itu adalah duit raya penuh poket maka jika separuh atau suku poket tidaklah namanya raya. Dan lau raya itu adalah hari kemenangan maka tanpa satu rasa yang berjaya ‘membasuh’ hati yang keruh dan menyental jiwa yang melusuh maka tiadalah erti raya. Kan?
Indah2 balik kampung ke pangkuan keluarga dan sanak saudara semua ni, indah lagi rasa kembali ke fitrah yang suci dan pencucinya adalah ramadhan almubarak.
Analogi mudah.
Sekian lama bergelumang dengan kesibukan kerja dan belajar dan ingin kembali ke kampung halaman. Ingin kembali banyak amat cabarannya. Nak balik dengan bas kena beli tiket. Lagi syahdu lau dah abes dijual. Nak balik dengan kawan mungkin ada mungkin tiada ruang sudah. Nak balik dengan abang terasa agak lewat sampainya di malam raya nanti memandangkan cuti bermula awal.. Tapi yang pasti ingin pulang. Dah dapat pulang, dalam pada seronok ditemani lagu ‘ Balik Kampung’ oleh Sudirman sesak pula jalannya. Jem dan sebagainya. Dan risiko terlibat dengan kemalangan tidak sedikit tapi stress membukit. Terus hati perlu tenang jiwa perlu sabar. Tidak cukup minyak kereta perlu diisi penuh, kad touch n go perlu di top up dan kereta mestinya diservis dahulu.moga perjalanan nanti lancar sahaja. Lantas perjalanan yang penuh berhalangan itu amat indah sejejak kaki di laman rumah dan sesudah salam dengan ayah bonda bukan?
Maka begitu juga tarbiah ramadhan, sekian lama hati terendam mazmumah yang memekat dan jahiliah yang menjerat. Ingin kembali ke fitrah. Ingin pulang ke pangkal jalan dan berhijrah. Mediumnya sudah ada. Wadahnya tersedia. Servis diri dan top up amal serta taqwa. Risiko2 terbabas dari memperoleh ganjaran solid dariNya seperti merela diri terus tenggelam dalam sungai lagha dan ‘thabat’ dalam berbuat dosa wajarnya ditepis dengan hayunan iman yang mekar dek nafsu yang terdera dengan lapar dan dahaga. Wajarnya begitu bukan. Tetapi realiti, ramai yang isi minyak cukup2 sahaja lantas di pertengahan ramadhan saf2 makmum di masjid berkurang mendadak dan sepuluh malam terakhir ramai memenuh di KB mall atau Jalan TAR dan mengurang di surau dan masjid. Terus, sampai atau tidak ke destinasi? Tepuk dada Tanya iman.
Justeru,hadiah Ramadhan ini adalah untuk semua hamba yang meyakini kalimah syahadah. Bagaimana untuk menghargai dan menghayati terpulang pada kadar iman dan taqwa yang tersema di dada. Tamu agung ini sudah ingin beredar. Bersua atau tidak di masa nanti hanya DIA yang maha mengetahui. Sekiranya berpeluang Alhamdulillah tapi sekiranya tidak, beruntunglah yang memanfaatkan sebulan ini dan istiqamah seterusnya tapi rugilah bagi yang mensia-siakan peluang yang dicampak ke riba tapi dibuang ke tanah begitu sahaja. Na’uzubillah.
Masih ada 2 hari. Mari! Kita manfaatkan!!
~ Untuk yang akan pulang ke kampung halaman, pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah orang tersayang..=)
Aug 24, 2009
ahlan ya ramadhan~
Ahlan ya Ramadhan..

Bertamu kembali duhai tamu agung
Syukur diberi peluang dan ruang
Pohon kekuatan tuk manfaatkan~
Allah..
Kurniakan kami kekuatan untuk berlama di sujud mohon nasuhaMu.
Kurniakan kami keindahan rasa dalam menjauh laku yang mengundang murkaMu.
Kurniakan kami kemahuan yang tiada hingga tuk istiqamah di jalan redhaMu.
Kurniakan kami tuntunan tuk menjadi hamba rabbani tidak hanya ramadhani.
“Inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahi rabbil ‘alamin..”
Buat sahabat2 perindu malam lailatul qadr,
Selamat menghayati ramadhan al mubarak.. Selalunya manusia akan lebih menghargai peluang terakhir. Sama2 kita manfaatkan peluang ini. tiada siapa tahu nasib di hari esok lebih-lebih lagi di ramadhan yang akan datang. mari! kita manfaatkan!! selamat berpesta ibadah~
Punya ruam yang menyakitkan
Perit nanah bersimbah
Lantaran ada yang rasa berkuasa
Kerna bersimpuh di takhta ampun
Lantas terus lupa
Ada jiwa yang tersiksa
Dek pintas tak berbalas
Salah tak bermaaf
Kali ini
Biar lidah berteleku
Kelu
Kerna pasti sekali
Alun lidah andai tersalah langkah
Selumbar kata terus ke raja jasad
Diam menetap
Luka berulat
Dan dia tega berhasad
Damai melesap..
2.26 am
190809
pm~
Jul 10, 2009
~
Surah yunus;107
Allah.Aku sedang lelah.Mohon belasMu menyimbah~

Saat pantas berlalu.terus dan terus. Golekan dadu yang membantu tidak seringnya enam.selalu juga dua atau satu yang menang.moga kita semua kuat merintang ujian.ya!inilah kehidupan!! Terus!!!
Jun 6, 2009
wah.esok dah mula sekolah~
Bismillahirrahmanirrahim..
em.sihat dan tenang semuanya ya?moga begitu selalu.hu.
wah.tiba2 sy rasa masa sangat cepat berlalu.sy dah pun habiskan 39 hari bercuti dengan seronoknya.seronok?mungkin=). dan esok kembali.alhamdulillah.kembali ke fakulti yang sama tapi dewan kuliah yang berbeza.ibn sina Lecture hall.untuk tahun 3 yang semestinya lebih banyak dugaan berbanding 2 tahun yang dah pun berlalu..sering juga mencongak2 tahun. kerana totalnya 6 tahun.wah.masih 4 tahun untuk habiskannya.em.moga tahun2 ini dan akan datang berlalu dengan indah.definisi indah yang sangat variasi untuk berbezanya individu.
ada satu hari tu, saya berbual dengan cikgu sekolah lama saya.dia bertanyakan pengajian sekarang.he.saya pun ada mengeluh lambatnya nak habis belajar.hehe.dah agak akan dapat sesi motivasi percuma.saya rindu tapi. mengolah ayat beliau. grad bukan kayu ukur untuk kita boleh berhenti belajar.belajar adalah untuk seumur hidup.ada hadith baginda.utlubul ilm minal mahdi ilal lahd~tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad. belajar tu kebajikan dan lebih indah diniatkan keranaNya.setiap langkah ada nilaianya. dikira syahid seandai meninggal dalam tempoh menuntut ilmu.jadi lebih lama kita belajar lebih lama kita dalam lingkungan rahmatNYA.apa sahaja ilmu yang DIA redha.
Lantas bersyukur kerana dikurnia peluang untuk belajar. masih ada di luar sana yang ingin tapi tidak berpeluang dan berkesempitan.betapa saya mengkhianati nikmat ini jika tidak memanfaatkannya. semakin sedar bahawa saya diberi peluang untuk membuat lebih banyak kebajikan dalam hidup yang singkat. sebenarnya milik kita adalah apa yang kita beri dan kongsi. sebenarnya not biru, hijau atau merah mahupun biru kundang dalam purse hijau BUM saya bukanlah milik saya.Ia akan jadi milik saya bila ia diguna mengikut syariat. contoh mudah ke tabung masjid beserta ikhlas. maka pahala yang dijanjiNYA itu memang akan menjadi milik saya. tapi selagi ia dalam purse tu mungkin hilang mungkin juga akan ke shopping complex untuk berhabisan tanpa kawalan.sebegitu sahaja. ia belum tentu milik saya. rahmat Allah bagi orang yang memperuntukkan hartanya untuk infaq dan dibelanja ke jalanNYA.
Sama seperti masa.
Ia bukan milik saya.sesaat pun bukan. tapi ia akan jadi 'milik' saya seusai saya menggunakan masa itu sebagaimana disabda baginda dan difirmankanNYA. maka dengan belajar dengan ikhlas keranaNYA adalah salah satu cara jika saya ingin masa itu menjadi 'milik' saya.balasanNya jika tidak di sini mungkin di sana. paling utama redhaNYA dalam tiap langkah hidup yang sangat fana ini.moga saya yang sering leka sedar bahawa masa itu beserta dengannya amanah dan tanggungjawab yang bakal disoal. Astaghfirullah..
sukar itu indah bila pergantungan utuh pada Allah.
lelah itu indah bila tiap hela nafas berhembus kerana Allah.
'ya Allah,aku hamba yang lemah ini dambakan hati yang kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang..'
buat sahabat2 year 3 yg disayangi, selamat kembali. kita akan bersungguh lagi bersama2. moga bukan untuk periksa di hujung semester dua semata tapi dana untuk dunia yang kekal selamanya. chayok2!ijtahid!
~ hidup ini hanya sekali.jadikan ia bermakna. mati itu juga sekali. berusahalah moga dalam redhaNYA..
Hancurkan rasa memiliki
Merasa wajar melindungi
Berasa amanah bersandar di sisi
Usah lupa
Bahawa kita sekadarnya asbab
Pada sebuah taqdir yang ditadbir
Hancurkan rasa memiliki
Moga hatimu tenang
Segala rentak hidup yang mendendang
Itu dalam rencana
Ia bukan kebetulan atau tidak sengaja
Kerna di balik tiap helai peristiwa
Ada juta hikmah berganda
Hancurkan rasa memiliki
Moga nanti kau kembali sedar
Bahawa penentu segala
Bukan dek rancang kita di kertas putih
Bukan kerna legam dakwat di mana pena bertatih
Penentunya adalah DIA
Hancurkan rasa memiliki
Moga akalmu rasional
Bahawa nyawa di jasad-jasad kesayanganmu
Bukan milikmu
Terus
Ia adalah nikmat pinjaman
Bagimu biar mengerti
Taburlah kasih sayang
Selagi ia terpinjam
Buat keluarga dan seluruhnya
Kerna saat tamat tempohnya
Usah kau tangisi
Suatu yang bukan kau miliki
Tetapi peluang yang dipersia
Dan ego yang membaja
Hancurkan rasa memiliki
Moga kau yang beriman
Akan terus mengimani
Bahawa hanya kepada Allah
Seluruhnya bakal kembali
Tidak esok hari ini…
Hancurkan rasa memiliki…


